Nama Pena : Izra Nuh
Demi cinta manusia sanggup melakukan apa sahaja. Manusia sanggup memperhambakan dirinya demi cinta. Malah ada yang sanggup bergadai nyawa, maruah dan harga diri. Kerana cinta juga wujudnya dongengan kisah Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet. Disebabkan cinta juga terbinanya Taj Mahal. Begitu juga dengan aku. Walaupun kisah cinta aku tidak sehebat kisah cinta Laila dan Majnun tetapi aku rasa aku sudah melakukan yang terbaik demi untuk mempertahankan cinta aku ini.
Demi cinta aku telah siapkan satu daerah yang paling sunyi
dalam hati aku ini untuk orang yang amat aku sayang. Aku mahu dia menjadi
wanita mulia. Wanita yang tahu harga diri. Wanita yang tahu menjaga maruah
suami. Ah betapa agungnya cinta aku ini.
”
Abang…tengok cincin tu. Cantik kan?” Renggek Nina, isteriku.
Aku hanya tersenyum. Melihat cincin itu sekali lalu kerana
aku tahu aku tidak mampu membelinya. Di dalam hati aku rasa terkilan juga
kerana tidak dapat memenuhi kemahuan isteriku ini. Aku menyalahkan diri aku
yang berpendapatan kecil. Pendapatan aku cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan
kami sekeluarga.
”
Abang….bila abang nak beli cincin kat Nina? Sejak kita kahwin abang tak pernah
beli emas kat Nina.” Nina sudah menunjukkan wajah manjanya membuatkan hati aku
jadi lemah. Ah aku sering lemah dengan pujukan isteriku ini. Kalau boleh aku
mahu penuhi setiap permintaannya. Aku tak kisah kalau aku sengket asalkan
isteri aku bahagia.
”
Gaji bulan depan abang belikan ye.” Itu janji aku. Dan selalunya janji itu aku
akan kotakan. Aku rela mengikat perut ke kerja demi untuk mendapatkan cincin
mahal itu. Aku rela bekerja lebih masa demi memenuhi keperluan isteriku itu. Ya
semuanya aku lakukan demi untuk menjayakan cintaku pada Nina.
” Ah..abang ni..asyik-asyik bulan depan. Nina nak sekarang!
Susahlah kahwin dengan lelaki sengket ni!” Kata Nina di hadapan tauke kedai
emas. Tanpa memperdulikan maruah aku sebagai seorang suami. Tanpa ada rasa
bersalah Nina terus berlalu meninggalkan aku.
Nyata aku terlopong mendengarkan luahan luhur dari Nina.
Isteri yang dimanjai selama ini sudah pandai mengeluarkan keladak hatinya. Aku
tatap sayu pada batang tubuh yang sudah pun menghilang. Hatiku mula meraung
pedih.
”
Lewat Nina pulang?” Tanya aku pada Nina. Ketika itu jam sudah pun menunjukkan
pukul 12 tengah malam. Wajah Nina kelihatan selamba sahaja. Langsung tiada riak
bersalah.
”
Nina buat overtime.” Kata Nina langsung tidak memandang pada wajahku.
”
Abang pun buat overtime juga. Tapi tak de la balik selambat Nina.” Kataku masih
belum berpuas hati dengan jawapan Nina itu.
”
Nina buat overtime. Nak cari duit lebih. Kalau harapkan gaji abang kebulur kita
sekeluarga ni!”
Itulah ayat yang menghiris hati lelakiku. Perasaanku
tenggelam timbul menahan hiba. Rasa sedih menyentak sanubariku. Kenapa begitu
cepat cintaku diuji?
”
Boleh tak Nina jaga hati abang sedikit?” Nasihatku dalam keluh-kesah.
Nina hanya menjuihkan bibir. Kata-kataku langsung tidak
memberi kesan pada dirinya.
”
I’ts a fact right? Abang tak mampu nak sediakan apa yang Nina nak. Apa salahnya
kalau Nina usahakan sendiri” Luah Nina tanpa ada rasa bersalah.
Alangkah angkuhnya suara itu. Inilah pertama kali aku
melihat rupa sebenar isteriku ini. Isteri yang aku puja siang dan malam. Dada
aku jadi semakin sebak. Namun aku masih menyabarkan hati.
Tiba-tiba aku rasa pening. Dunia aku seperti berputar. Wajah
Zainal yang berada di hadapanku jadi berbalam-balam. Dan sekelip mata pandangan
aku jadi kelam.
”
Wan..Wan…bangun Wan.”
Aku dikejutkan dengan satu suara. Itu suara Zainal. Tapi
kenapa Zainal yang mengejutkan aku. Ke mana isteriku? Dan di mana aku sekarang?
Aku buka mataku.
Aku lihat Zainal sedang memerhatikan aku. Wajahnya risau
sekali. Di tangannya ada semangkuk air. Pasti digunakan untuk mencurahkan ke
mukaku. Ku tebarkan pandangan ke sekeliling. Ada beberapa orang rakan sekerjaku
juga sedang memerhatikanku.
”
Kau pengsang tadi.” Kata Zainal.
Aku terus memicit-micit dahi aku yang masih terasa pening.
Badan aku masih lemah. Aku tahu aku perlukan rehat.
”
Kau ni kerja kuat sangat. Mana tak pengsang. Cubalah bawa-bawa berehat.”
Nasihat Zainal.
Memang benar kata-kata Zainal itu. Tapi aku tidak peduli.
Walauapapun terjadi aku perlu berusaha bersunguh-sungguh demi untuk
merealisasikan kehendak isteriku itu. Itu bukti cintaku pada Nina.
”
Abang pengsan tadi kat tempat kerja.” Kata aku pada Nina demi meraih perhatian
isteriku itu. Sudah lama aku tidak bermanja dengan Nina. Aku rindukan gelak
ketawanya. Aku rindukan keletahnya yang manja itu.
”
OOo..ye ke?” Kata Nina tanpa reaksi. Nina kelihatan sibuk berdandan di hadapan
cermin. Langsung tidak peduli padaku yang masih mengharapkan perhatiannya itu.
Aku masih cuba menyabarkan hatiku. Segala prasangka buruk
dilemparkan jauh-jauh. Mana mungkin isteriku itu sudah hilang kasihnya padaku
sedangkan bertahun kami menjalinkan cinta bersama. Cuma aku perlu bersabar.
”
Nina nak ke mana?” Tanyaku tanpa memperdulikan perasaanku yang sudah tercalar
ini.
”
Nina nak keluar makan dengan kawan-kawan Nina.” Kata Nina yang sudahpun
mencapai tas tangannya. Nina kelihatan sungguh cantik sekali malam ini. Skrit
paras lutut menampakkan betisnya yang panjang itu. Aku jadi cemburu melihatkan
pakaian Nina itu. Mengapa Nina sanggup mempamerkan sesuatu yang sepatutnya
hanya untuk tatapan aku seorang sahaja?
”
Habis tu abang nak makan apa?” Tanya aku seperti orang bodoh.
Nina mengeluh. Jelas kelihatan rasa tidak puas hati dengan
pertanyaanku itu.
”
Pergilah buat sendiri. Selama ini pandai je abang masak sendiri. Mengada-ngada
pula.” Bebel Nina.
Perlukah aku bersabar lagi sedangkan hingga saat ini hati
ini terus-terusan dilukai. Aku sendiri sudah kalah untuk menyakinkan perasaanku
ini. Malah terus kalah untuk mendamaikan perasaanku. Nina sudah tidak
memperdulikanku. Atau Nina memang sengaja tidak mahu memperdulikanku. Betapa
sukarnya untuk aku harungi apa yang telah terjadi ini.
”
Semalam aku nampak bini kau.” Kata Zainal terangak-agak.
”
Kau nampak dia kat mana?” Tanyaku yang sedang sibuk mengira perbelanjaan pada
bulan hadapan. Kalau dicampur dengan duit kerja lebih masa dan ditambah dengan
duit simpanan sebanyak dua ratus, dapatlah aku membeli cincin pujaan isteriku
itu. Di dalam hati aku sudah tersenyum. Aku sudah mula membayangkan reaksi
isteriku kelak. Pasti Nina akan memelukku dan menciumku dengan penuh kasih
tanda penghargaannya atas hadiah yang diperolehinya itu.
”
Aku nampak dia dengan mamat Mat Salleh mana tah. Siap berpeluk-peluk sakan
lagi.” Kata Zainal takut-takut. Mungkin mahu menjaga hatiku saat ini.
Tersirap darah aku mendengarnya. Benarkah apa yang aku
dengar ini? Atau hanya pelanduk dua serupa?
”
Ahhh mengarutlah. Isteri aku tak kan buat kerja macam tu.” Kata aku yakin
sekali.
Prinsipku tidak akan percaya selagi aku tidak melihatnya
dengan mataku sendiri. Lagipun aku percaya dengan cinta kami. Kasih sayang yang
dicurahkan tidak berbelah bahagi dan tiada alasan untuk isteriku curang padaku.
Aku yakin sekai.
”
Nina..tengoklah apa yang abang belikan.” Kataku sambil mencium pipi isteriku.
Hati lelaki aku mula bergelora. Aku sudah lama rindukan belaian manja daripada
isteriku.
”
Ni apasal gatal semacam ni?” Marah Nina tanpa sedikit pun berpaling
memandangku.
Aku berasa jauh hati. Tersingkir dalam hidup isteriku. Nyata
isteriku sudah banyak perubahan. Perubahan mendadak yang tidak pernah ku
jangkakan.
Namun aku cuba tersenyum. Memujuk hatiku yang lara. Mungkin
rajuk isteriku masih belum hilang. Tetapi aku percaya wajah muncung isteriku
aku akan kembali tersenyum apabila disuakan sesuatu yang cukup diidamkannya
selama ini.
Segera aku keluarkan bekas cincin yang sememangnya ada di
dalam kocek seluarku lalu aku suakan kepada isteriku. Nina terus mencapainya.
Wajahnya selamba sahaja.
”
Suka tak?” Tanyaku sambil memerhatikan reaksinya.
Nina hanya mendiamkan diri sambil membelek cincin yang kini
sudah berada di jari manisnya. Kemudian dia menjuihkan mulut. Lalu meletakkan
kembali cincin itu di dalam bekas tersebut.
”
Ala ini design lama. Nina dah beli pun.” Ujar Nina sambil menunjukkan cincin
yang sama design dengan cincin yang aku belikan untuknya.
Aku hanya mampu menahan perasaan. Sangkaku, kami sudah
mengecapi kebahagian yang sebenar. Ternyata aku makin keliru dalam menafsir
setiap perubahan sikap isteriku itu.
”
Habis tu abang nak buat apa dengan cincin ni?” Tanyaku seperti orang bodoh.
Kejutan demi kejutan dalam hidupku ini membuatkan aku tidak mampu lagi untuk
berfikir secara waras. Hatiku terus digigit dengan pertanyaan, siapakah yang
menghadiahkan cincin buat isteriku ini kerana aku tahu isteriku tidak mampu
untuk membelinya sendiri. Namun aku hanya membiarkan pertanyaanku itu bermain
di mindaku sahaja. Tidak disuakan.
”
Abang juallah. Lagipun Nina tahu abang bukannya ada duit sangat nak belikan
cincin semahal ini.” Kata Nina angkuh sekali.
Duniaku seakan terbalik saat ini. Segala mahligai khayalanku
musnah tatkala telingaku menangkap bait-bait kata dari isteri kesayanganku ini.
Hatiku lumat digilis perasaan sedih tidak terperi. Adakah ini kenyataan yang
terhampar?
”
Abang…. Tolonglah…. Nina tak bersalah.” Nina merayu dan terus menangis.
Aku terkaku bagaikan orang yang sudah hilang arah. Sukar
untuk mempercayai kenyataan yang melanda hidupku.
Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku menjerit tentang
ketidakadilan yang berlaku dalam hidupku ini. Namun begitu, aku tahu aku harus
kuat.
”
Nina diperangkap. Nina tak tahu beg yang Joshua hadiahkan itu ada dadah. Sumpah
Nina tak tahu. Tolonglah abang.”
Mataku tepat memandang pada wajah sendu isteriku itu. Hatiku
pedih merintih. Terasa diri ini dikhianati. Tidak berbaloi rasanya pada
pengorbanan yang telah aku buat selama ini. Nina tidak pernah tahu
menghargainya.
Aku alihkan pandangan pada pengawai penjara yang setia
menanti. Mungkin dia juga sepertiku sedang menimbangkan keputusan sama ada
untuk mempercayai setiap kata-kata isteriku atau tidak.
Bayangan duka itu kembali menerpa di ingatanku. Betapa
luluhnya perasaanku saat polis memberitahu Nina ditahan kerana didapati membawa
dadah dan jika disabitkan kesalahan isteri kesayanganku ini akan dihukum
gantung. Dadaku bagaikan mahu pecah mendengarkan kata-kata keramat dari pihak
polis itu. Hinggakan saat ini masih lagi tergiang-giang suara itu di telingaku.
”
Siapa Joshua itu?” Tanyaku masih mahu tahu kebenaran sebenar. Selama ini aku
sering mendengar cerita-cerita dari kawan pejabatku tentang gerak-geri Nina
yang seolah-olah sedang menduakan diriku.
Nina hanya membisu. Nyata isteriku ini masih tidak berani
membentangkan kenyataan yang sebenar.
”
Nina…tolonglah cerita pada abang. Abang nak tahu.” Kataku tegas sekali.
Nina mengeluh. Nyata keluhannya itu lemah sekali.
”
Dia teman lelaki Nina. Percayalah abang, Nina bersama dengannya hanya kerana
mahu dapatkan kemewahan tetapi hanya abang yang Nina sayang. Tak sangka dia
sanggup perangkap Nina begini.”
Adakah Nina sudah hilang pertimbangan hanya kerana mengejarkan
kemewahan duniawi. Aku mula rasa jijik pada isteri yang selama ini aku
agungkan.
Aku mengeluh lagi. Ah itu sahaja yang mampu aku lakukan.
Mengeluh dan mengeluh lagi. Tidak ada lain. Sedangkan apa yang terkepung di
dada ini terlalu payah untuk aku singkirkan dalam kehidupanku. Bagaimana mahu
aku lupakan kenangan kasih yang berlambak dengan isteriku ini?
Aku tatap lama wajah Nina. Mungkin kali ini adalah kali
terakhir aku melihat wajah ini. Hatiku dihujani sebak dan hiba. Mampukah aku
menghadapi kisah pahit ini setelah kehilangan isteri kesayangan kelak?
Aku menghela nafas dalam-dalam. Walau payah aku terpaksa
hadapinya. Aku redha walaupun hatiku terluka.
”
Abang akan sediakan peguam yang terbaik untuk Nina. Insyaalah kalau Nina tidak
bersalah Allah akan tolong tunjukkan kebenaran itu.”
Wajah Nina berubah ceria. Aku tahu hanya itu yang Nina
harapkan daripadaku. Dan dia tahu hanya aku yang dapat membantunya saat susah
begini. Kekasihnya Joshua sudah hilang entah ke mana.
Tanpa segan silu Nina memegang kedua telapak tanganku. Lalu
diciumnya lama. Aku jadi meluat dengan tindakannya itu. Betapa hinanya wanita
itu dihadapanku kini.
Dengan perlahan aku menarik tanganku yang masih
digenggamannya. Aku harap Nina faham dengan tindakanku ini. Aku mahu membuat
keputusan yang terbaik untuk diriku.
Aku lihat mata Nina sudah bergenang dengan tindakanku itu.
Tindakan yang langsung tidak dijangkakan itu.
Aku bangun meninggalkan Nina yang masih keliru.
Selamat tinggal isteriku. Selamat tinggal cinta. Aku terus melangkah. Tidak
sesekali aku akan membiarkan hatiku memandang ke belakang lagi.
No comments:
Post a Comment