Sunday 11 August 2013

Contoh-Contoh Amalan Masyarakat Malaysia Menunjukkan Ciri-Ciri Berbudi Bahasa



Sentiasa Berucap Terima Kasih

Masyarakat Malaysia sentiasa mengucapkan terima kasih kepada orang yang menolong mereka.Sebagai contohnya seperti apa yang ditayangkan dalam televisyen, kanak-kanak telah mengucapkan terima kasih kepada orang yang membantu, mengiringi mereka, dan mengajar mereka. Sebuah lagu yang bertema “Terima Kasih” telah dihasilkan oleh kerajaan untuk menunjukkan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa.


Sentiasa Senyum


Masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa sentiasa senyum untuk menunjukkan kemesraan. Hal ini telah menyebabkan banyak pelancong melawat ke Negara kita kerana masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa dan senyum selalu


Hidup Secara Harmoni


Sejauh mana yang kita tahu, Negara Malaysia merupakan Negara yang berbilang kaum dan oleh sebab mengamalkan budi bahasa, masyarakat Malaysia  yang berbilang kaum dapat hidup seara harmoni dan bersatu padu.

Tolong-menolong

Masyarakat Malaysia sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain dalam menyelesai kan sesuatu perkara contohnya gotong-royong, jiran tetangga dan lain –lain lagi telah menunjukkan sikap budi bahasa

No comments:

Post a Comment