TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
Pemerolehan , penyimpanan, pemprosesan dan
penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi.
Senn menyatakan teknologi
maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi
dan tahu-guna. Gabungan
ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk
lebih produktif, berkesan dan berjaya.
Isu teknologi maklumat
dan komunikasi
Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa
singkatan untuk komunikasi .Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
menyumbang kepada penggunaan perkataan singkatan dengan meluas.
CONTOH:
Penggunaan ‘’aq’’ disamping ‘’aku’’.
Penggunaan ‘’cyg’’ disamping ‘’ sayang’’.
Hal ini banyak mempengaruhi penulisan
dalam urusan rasmi.
Contoh-contoh Isu
teknologi maklumat dan komunikasi
Jenayah siber
Menurut kajian yang dilakukan oleh Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman dari
UiTM, jenayah siber merujuk kepada aktiviti jenayah yang berkaitan
dengan teknologi dan komputer menerusi Internet.
Menurut kajian tersebut juga, pengguna Internet melakukan pelbagai jenis
jenayah siber seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program
atau data komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem,
menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya,
pornografi, penggodam, penyebaran virus dan mel spam.
Untuk mengenalpastikadar jenayah siber di Malaysia, Berita Harian Online
(22 May 2012) telah melaporkan bahawa kadar jenayah siber telah meningkat
sehingga 88 peratus pada tahun 2011 berbanding dengan pada tahun yang
sebelumnya yang hanya mencatat 8090 kes jenayah siber.
Penggodam maklumat
Penggodam dan pengganas siber yang bersikap sesuka hati juga memusnahkan
data dan mengubah sistem komputer
Mereka juga boleh menggunakan internet untuk mencuri maklumat sulit yang
dimiliki oleh individu, syarikat dan organisasi dan memperoleh keuntungan
melalui cara penjualan kepada pihak pesaing.
Tambahan pula, ancaman siber itu bukan saja berlaku ke atas laman web
kerajaan kita seperti www.malaysia.gov.my. , manakala laman web
milik Agensi Perisikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat turut diserang oleh
penggodam (Berita Harian
Online,17 June 2011)
bahan-bahan pornografi
Kewujudan internet yang akibat daripada perkembangan teknologi maklumat
telah menyebabkan bahan pornografi tersebar dengan cepat.
Selain internet, amalan menonton video lucah dalam kalangan belia juga
didorongi oleh filem-filem dan program-program televisyen yang mengandungi
unsur-unsur lucah atau erotik.
kewujudan budaya plagiarism
Sebagai contoh, golongan belia telah menyalahgunakan
teknologi sebagai satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja
sekolah dan assignment mereka dengan meniru,
menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain
melalui internet.
Hal ini bukan sahaja menjejaskan amalan
kesantunan malah ini juga akan mengakibatkan individu yang terlibat tidak
melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri.
Kewujudan teknologi internet telah mempengaruhi budaya ilmu dalam kalangan
belia, iaitu dari mengambil buku rujukan akademik atau jurnal sebagai rujukan
untuk mendapatkan maklumat dalam persiapan tugasan mereka kepada menggunakan
internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan
mereka.
No comments:
Post a Comment