Drama 1400

(Nordin Hassan)
Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yangmenolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan
mengubah pendirian orang kampung.Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil
pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli. Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaanyaDollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga
telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman, berbudi bahasa dan baik perangainya.Sikap Intan  Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung.Sebaliknya  Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat. Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut. Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal. Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.

Analisis budi bahasa daripada Drama 1400

Daripada Drama 1400 ini kita dapati bahawa berbudi bahasa itu merupaka sesuatu yang penting. Hal ini demikian kerana sikap Siti Insan yang beriman, berbudi bahasa dan baik perangainya telah desenangi oleh penduduk dan di dalam surau. Sebaliknya, sikap Dollah yang tidak berbudi bahasa ,menindas orang kampong, memandang rendah kepada orang yang miskin, langsung tidak mempedulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang  berpunca dari najis kuda yang dipeliharanya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Hal ini telah menyebabkan anak Dollah menjadi cacat dan Dollah tidak disukai oleh penduduk kampung sebagai balasannya.

No comments:

Post a Comment