1. Hargai mitra bicara
·
Sopan santun dengan
tidak melihat status sosial pihak lain
·
Memberi tumpuan
sepenuh terhadap isi yang disampaikan oleh pihak lain.
2. Peka terhadap kesempatan
·
Terapkan pola gilir
dalam berkomunikasi dengan menggunakan kata, bentuk kata, dan ungkapan yang
tepat demi kelangsungan dan kenyamanan komunikasi
·
Ungkapkanlah gagasan
pendapat dan pandangan dengan jelas
·
Alihkan topik
pembicaraan secara halus dengan menggunakan ungkapan yang tepat.
3. Fahami relevansi
pembicaraan
·
Menguasai masalah
yang sedang dibincangkan
·
Gunakan bahasa yang
efektif dan mudah difahami
·
Usahakan isi
pembicaraan relevan dengan topik
·
Jika terjadi
perbedaan pendapat, selesaikan secara halus tanpa menimbulkan konflik
4. Bercakap dengan
nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan tidak bercakap dengan nada yang
samar-samar
5. Bercakap di depan dengan cara bertentangan mata dan tidak bercakap di belakang untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
6. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka elakkan daripada mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.
7. Jika seseorang sedang makan maka kita elakkan daripada bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
8. Elakkan daripada bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan dan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
9. Tidak sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama
10. Tidak bercakap secara berkumam mulut
11. Tidak bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang
12. Tidak memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Kita sepatutnya memangil mereka dengan nama yang memuliakan mereka.
13. Tidak memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya
14. Tidak bercakap tentang sesuatu perkara yang anda masih kurang pasti.
Contoh Peraturan
Berbahasa
Daripada Aspek Jarak
Sosial Dan Konteks Percakapan
1. Pilihan Kata Untuk Memulakan Percakapan
Selamat pagi, Assalamu’alaikum,Hello
2. Ungkapan Mengakhiri Percakapan (SITUASI FORMAL)
Sekian saja pertemuan kita hari ini, jangan lupa….
Sebagai penutup, kita simpulkan bahawa…. (SITUASI NONFORMAL)
Udah dulu ya, besok jangan lupa….
deh, jadi kita besok berangkat jam…
3. Penerapan Pola Gilir Berkomunikasi
Bagaimana menurut pendapat anda?(formal)
Menurut pandanganmu gimana?(non-formal)
Mungkin ada yang mempunyai pendapat lain?
4. Mengalihkan Topik Pembicaraan Secara Halus ( Secara formal )
Maaf, saya dengar Ibu suka juga dengan...
Bagaimana jika kita meninjau dari sisi lain, misalnya. (Secara nonformal)
Wah, makin seru kalau kita bicara soal…
Boleh tahu pandanganmu tentang….
5. Memohon Maaf Jika Belaku Kesilapan
Contoh: “ Maaf ya, kalau ada salah ucap.”
6. Mengucapkan Terima Kasih Jika Diberi Bantuan
Contoh: “terima kasih ya”
7. Mengakhiri Percakapan Dengan Ungkapan Pemisahan
Contoh:“ Selamat jalan“
Peraturan Berbahasa
Dalam
percakapan, kita harus
·
Bercakap tentang
perkara yang penting dahulu. Hal ini kerana perkara yang penting itu
mungkin mendatangkan kesan yang mendalam kepada seseorang. Menilai perkara
yang hendak dikomunikasikan sebelum bercakap. Walaupun kita mempunyai
banyak pandangan dan perasaan yang hendak diluahkan, tetapi kita perlu sedar
bahawa bukan semua yang ingin kita cakapkan itu adalah penting. Hai ini kerana
keterpaksaan dia mendengar sebaliknya akan menjana kebenciannya kepada kita,
padahal tujuan percakapan kita adalah untuk membina perhubungan yang
baik.
·
Tidak mencelah
percakapan orang lain. Hal ini demikian kerana sekali kita mencelah,
panjang pula kita menyambung huraiannya, sehingga tuan asal pemilik percakapan
tersekat dan ternganga serta tidak dapat menyempurnakan percakapannya. Biarlah
mencelah kita itu mencelah yang pendek sekadar untuk menyatakan sokongan atau
persetujuan, bukannya untuk merampas giliran pemilik percakapan itu untuk bercakap.
·
Tidak mengulang
perkara yang sama berulang kali. Kita mungkin mempunyai tujuan yang baik
supaya pendengar tersebut mengambil serius perkara itu, namun bagi sesetengah
orang, dia mungkin boleh mentafsirkan secara silap bahawa orang yang mengulang itu
memandangnya sebagai berkemampuan minda yang rendah sehingga terpaksa
diulang-ulang supaya faham. Demikian juga dengan pujian. Pujian yang berlebihan
akan menimbulkan salah tafsiran pada pihak penerima sehingga mewujudkan
kebencian dan melunturkan kemesraan.
Peraturan Berbahasa Dari Aspek Tujuan Dan Giliran Bercakap
Peraturan Berbahasa Dari Aspek Tujuan Dan Giliran Bercakap
Tujuan percakapan
Kita
harus mengutamakan tujuan percakapan dalam pergaulan harian. Kita sepatutnya
menitikberatkan perkara yang penting dahulu. Tujuan perkara itu mestilah
menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain atau sesuatu objek.
Contoh
: Kita hendak memberitahu seseorang bahawa sesuatu yang buruk telah
berlaku. Perkara tersebut haruslah diberitahu dengan secepat mungkin kerana
merupakan perkara yang sangat penting.
Jika kita hendak memberitahu sesuatu
yang penting tetapi tidak segera, kita hendak mencari masa yang sesuai untuk
memberitahu orang itu. Tapi, mesti diingat, walaupun perkara itu tidak segera,
namun, perkara itu mesti disampaikan kepada pendengarnya.
Contoh
: Kita hendak memberitahu kawan kita bahawa gambar yang diambil
bersama-sama telah siap dicuci. Kita boleh memilih masa yang sesuai untuk
memberitahu mereka kerana perkara tersebut penting tetapi tidak segera.
Jika
kita ingin memberitahu sesuatu yang tidak penting, kita boleh memberitahu orang
tersebut pada bila-bila masa sahaja. Kita patut memilih masa yang sesuai di
mana kedua-dua penyampai dan pendengar berada dalam keadaan ‘relaks’ dan tidak
melakukan perkara lain. Perkara tersebut mestilah berunsur ringan dan sesuai
dijadikan idea percakapan dalam perbualan pada masa lapang.
Contoh
: Kita boleh menyampaikan atau memberitahu sesuatu yang tidak penting
semasa kita sedang berbual-bual dengan pendengar pada masa lapang, seperti
aktiviti yang dijalankan pada hujung minggu dan sebagainya.
Giliran Bercakap
Kita harus
mengutamakan status dan kedudukan semasa bercakap. Secara umumnya, giliran
bercakap bergantung pada tempat kita berada dan orang yang bercakap dengan
kita.
CONTOHNYA :
Dalam keluarga,
1. Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek.
2. Ibu atau bapa.
3. Kakak atau abang yang lebih besar.
4. Pihak yang paling kecil, khususnya adik.
Di sekolah,
1. Pengetua atau Guru Besar.
2. Penolong kanan sekolah.
3. Ketua unit atau jabatan.
4. Para pensyarah atau guru.
5. Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah.
6. Para pelajar.
Dalam keluarga,
1. Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek.
2. Ibu atau bapa.
3. Kakak atau abang yang lebih besar.
4. Pihak yang paling kecil, khususnya adik.
Di sekolah,
1. Pengetua atau Guru Besar.
2. Penolong kanan sekolah.
3. Ketua unit atau jabatan.
4. Para pensyarah atau guru.
5. Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah.
6. Para pelajar.