Wednesday 9 October 2013

Isu gejala sosial


Malaysia sedang berhadapan dengan isu-isu sosial yang semakin serius dan membimbangkan semua lapisan masyarakat. Kejadian salah laku pelajar seperti bergaduh, menyerang, membunuh, membakar sekolah kerap dipaparkan di dada-dada akhbar dan ditelevision. Isu-isu sosial yang sebahagian daripadanya melibatkan golongan Orang Kurang Upaya, wanita, remaja dan kanak-kanak yang tidak lari dari terjerumus dalam kancah gejala sosial ini. Kehadiran gejala sosial ini selari dengan perkembangan kemajuan negara dan memberi implikasi besar kepada kesejahteraan hidup individu masyarakak dan negara. Kesan langsung ke atas sosioekonomi masyarakat ialah pengangguran, penghijrahan dan kemiskinan. Oleh kerana itu, Bajet 2009 yang diumumkan pada tahun lepas memperuntukkan perbelanjaan yang lebih besar dalam perkhidmatan sosial ini. Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2003 dan statistik daripada Polis DiRaja Malaysia(PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh Malaysia iaitu melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda. Selain itu, ia juga menyebabkan seruntuhan kesantunan di negara kita.
Sebab berlakunya gejala sosial ini adalah kerana pengaruh media massa. Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.
                Selain itu, institusi kekeluargaan juga salah satu sebab berlakunya gejala social. Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
            Bagi mengatasi masalah yang kian kronik ini, ibubapa memainkan peranaan yang penting. Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.
            Di samping itu, Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.
            Secara tuntasnya, Isu gejala sosial sering kita dengar telah mendatangkan kebimbangan walaupun kita telah mengetahui punca kepada masalah ini dan kita juga telah nampak kesan-kesan yang kita hadapi sekarang seperti kes pembuangan bayi, mat rempit, pelacuran dan sebagainya tapi kita masih tidak dapat mengatasi masalah ini walaupun kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen tapi masih tidak berjaya dan adakah ini berpunca undang-undang Malaysia yang masih tidak di perketatkan ataupun berpunca dari sikap ibu bapa yang tidak peduli dan sibuk mencari duit hingga tidak tahu apa yang masalah anak mereka ataupun berpunca dari dari masyrakat sekeliling yang cuba lepas tangan dengan menunding jari ke arah orang lain ataupun guru-guru yang tidak mengajar dengan baik tentang adab-adab pergaulan sesama remaja ataupun diri sendiri yang patut dipersalahkan kerana tersalah pilih kawan seperti kata-kata perumpamaan ini "jika kita berkawan dengan anak penjual minyak wangi akan mendapat bau wangi tapi kalau kalau kita berkawan dengan anak penjual kambing kita akan mendapat bau busuknya" atau berpunca pada sikap diri sendiri yang mencuba sesuatu benda baru tapi memikirkan kesannya pada diri kita. Walaupun kita menunding jari diantara satu sama lain masalah ini tidak selesaikan kerana untuk mengatasi maslah ini kita hendaklah bekerjasama antara kita seperti kata perumpamaan ini "bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh". Oleh itu hendaklah kita bekerjasama sesama kita tanpa perlu menunding jari antara kita.

Isu media massa
Remaja memainkan peranan yang penting dalam memacu negara pada masa akan datang. Jika mahu melihat corak masa hadapan negara, lihatlah pilihan warna remaja pada masa kini. Begitulah analogi yang menggambarkan jika remaja hari ini pincang, maka keadaan negara pada masa akan datang masih belum terjamin, begitulah juga sebaliknya. Tidak dinafikan, remaja semakin kurang santunnya dalam berbahasa, penggunaan kata-kata kesat dalam perbualan seharian ibarat sesuatu yang biasa. Faktor yang menyumbang kepada ketidaksantunan berbahasa remaja pada masa kini adalah pengaruh media massa.
Akibat keruntuhan di media massa telah menymbang kepada kerutntuhan kesantunan dan budi bahasa dalam kalangan remaja. Media massa seperti televisyen banyak mempengaruhi pemikiran anak-anak remaja. Hal ini demikian kerana kanak-kanak tidak mampu membeza Antara yang baik dengan yang buruk. Televisyen menyiarkan gambar-gambar serta filem-filem yang bercanggah dengan budaya dan adat ketimuran. Anak remaja akan mudah terikut-ikut dan cuba meniru sifat-sifat yang dittunjukkan melalui televisyen, majalah dan seumpamanya. Justeru, tidak hairan terdapat remaja kita yang semakin berani melakukan perkara negatif seperti pembunuhan, jenayah seks dan sebagainya. Malahan, pengaruh media massa juga menjadi salah satu punca berlakunya kes-kes buli. Pihak penerbitan drama atau filem selalu mengeluarkan drama atau filem yang berunsurkan pergaduhan dan berbahaya. Bagi pihak penerbitan,mereka tidak menghiraukan kesan kepada remaja apabila menonton aksi-aksi ganas dan berbahaya seperti pergaduhan, pembunuhan dan buli, tetapi mereka lebih mengutamakan keuntungan mengeluarkan filem tersebut. Tarikan filem berversi ganas dan aksi yang tidak bersantunan ini lebih difokuskan kepada penonton remaja. Mereka mudah terpengaruh dengan apa yang ditontoni dan tiru segala aksi yang ditayangkan tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka. Sambutan hangat oleh penonton-penonton remaja terhadap filem atau drama aksi ini menyebabkan stesen-stesen televisyen berlumba-lumba untuk mengeluarkan dan menyiarkan filem-filem aksi. Filem-filem yang tidak bersantunan ini akan menyebabkan remaja akan terpengaruh dan akan meniru aksi-aksi yang ganas dan seterusnya akan terlibat dengan kes-kes buli.
Bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan memainkan peranan yang amat penting sekali. Pihak kerajaan bertanggungjawab untuk mengawal konteks tayangan media massa seperti televisyen, surat akhbar, radio dan lain-lain bagi memastikan isi-isi media massa ini adalah bersantun dan sesuai untuk dibaca, dilihat dan didengar serta tidak akan menjejas kesantunan masyarakat. Selain itu, kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang. Sebagai contohnya, semua media massa seperti televisyen, surat akhbar dan radio perlu mematuhi sukatan yang ditetapkan oleh kerajaan seperti kandungan yang tidak sesuai untuk ditayangkan harus dipotong. Sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak mengikuti undang-undang ini, pihak kerajaan boleh menarik balik lesen media bagi pihak tersebut dan mengenakan hukuman yang setimpalnya.
Isu Pendidikan
            Pendidikan yang merupakan satu aspek yang paling asas dan dasar dalam sistem kehidupan manusia, corak dan aliran pendidikan yang begitu dinamik dan kontinum inilah yang menjadi faktor utama merubah kehidupandan tamadun manusia sejak zaman berzaman lagi dan dapat mendidik dan membangunkan manusia secara yang paling optimum dan seimbang. Pendidikan merupakan proses membentuk keperibadian manusia yang sempurna dan seterusnya melahirkan manusia yang dapat berinteraksi lebih baik dengan pencipta alam dan alam itu sendiri. 
Oleh itu, semua warga guru bertanggungjawab untuk membantu usaha-usaha mencapai matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan bertaraf dunia. Sifat-sifat yang luhur, bertanggungjawab serta tahap professionalisme yang tinggi semestinya menjadi amalan sewaktu menjalankan amanah profession.  Guru mesti mempunyai etika kerja supaya dapat menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Selain itu dapat meningkatkan disiplin diri bagi menghasilakn perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi serta dapat memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.
Berdasarkan sebuah artikel daripada Berita Harian yang bertajuk 'Dedah Salah Laku Guru Wanita’ (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NUTPdedahsalahlakuguruwanita/Article), satu isu yang berkaitan kesantunan guru iaitu gangguan seksual telah terpapar di dada akhbar tersebut. Berdasarkan artikel yang dipilih menunjukkan bahawa guru tersebut didakwa ‘mengusik’ pelajar lelaki terutamanya yang memiliki paras rupa atau penampilan yang menarik. Tabiat guru tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar terbabit. Salah satu aduan yang dilakukan ialah salah seorang pelajar yang menjadi mangsa kejadian menyatakan pipinya seing ‘dicubit-cubit manja’ kerana diminati bukan sebagai hukuman disiplin. Perkara ini menjadi suatu isu apabila pelajar tersebut menjadi segan dan serba salah apabia diejek oleh rakan sekelas selain rasa tidak selesa.
Isu etika yang terlibat dalam kes ini ialah isu kesantunan. Kesantunan atau etiket merupakan sesuatu perkara yang biasa dilakukan di dalam masyarakat. Namun kesantunan guru perlu disesuaikan dengan kontekstual. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan kesantunan dibahagikankepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa. Artikel ini menunjukkan guru wanita ini terlibat dengan kesantunan tingkah laku.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Oleh itu, kes ini guru hendaklah mengambil tahu tentang emosi murid. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan juga guru juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Selain akauntabiliti ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara, akauntabiliti terhadap murid merupakan salah satu akauntabiliti keguruan.  Oleh itu, menjadi kewajipan seorang guru untuk menjaga amanah yang telah diberikan.




No comments:

Post a Comment