Pada alaf
digital yang mendepani ombak globalisasi ini, isu ibubapa dan masyarakat dalam
kesantunan seperti mendera anak, merogol anak sendiri, membunuh anak sendiri
dan lain-lain bukan sesuatu yang segar baru kepada kita lagi. Kita akan menemu
setiap perkara ini boleh dikatakan hampir setiap kali kita membaca surat akhbar
atau berita.
Contoh-contoh isu kesantunan ibubapa
Dera anak perempuan 5 tahun separuh
mati, reman ibu bapa dilanjut
IPOH –
Perintah reman terhadap ibu bapa kanak-kanak berusia lima tahun yang disyaki
didera dan kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun
(HRPB) di sini, dilanjutkan tiga hari lagi sehingga Rabu.kes dera anak
Perintah
sambungan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Puteri Nor Dina
Kamalaudin hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes
berkenaan.
Lelaki dan
wanita berusia 39 dan 30 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama tiga hari
sejak Sabtu lepas.
Sabtu lepas, media
melaporkan pegawai perubatan HRPB membuat laporan polis selepas mengesyaki
seorang kanak-kanak perempuan yang dihantar ke hospital itu adalah mangsa dera
susulan penemuan kesan luka pada seluruh badannya.
Berikutan itu
polis menahan ibu bapa kanak-kanak terbabit yang berasal dari Menglembu.
Akhbar hari
ini melaporkan keadaan kanak-kanak itu semakin kritikal dan bergantung kepada
mesin bantuan hayat.
Ketua Polis
Daerah Ipoj ACP Sum Chang Keong dilapor berkata kes itu disiasat mengikut
Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit
boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda. – Bernama
Ustazah
biar suami rogol anak didakwa
KUALA LUMPUR:
Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas tiga
tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya
berusia 15 tahun di kediaman mereka, dua bulan lalu.
Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad.
Dia juga
didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan
suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa
yang sama, pada Mac 2011.
Timbalan
Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap
tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang
masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan
terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu.
Roszianayati
memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan
permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama
dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang
di sini.
Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa, pada masa dan tempat yang sama.
Pendakwaan yang diwakili Zuraini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan sama sebelum Manira memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin walaupun beliau merayu supaya mahkamah membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan untuk menelefon penjamin.
Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan bagi pasangan suami isteri itu melantik peguam.

Dipetik daripada Berita Harian
2011/06/14
Apa yang kita
tahu ibubapa merupakan rol model yang penting kepada anak-anak mereka kerana
orang tua pernah bercakap bapa borek anak rintik, tetapi apa yang kita lihat
hari ini adalah ibubapa yang tidak bertanggungjawab, tidak menjadi telandan
yang baik malah membuat sesuatu yang tidak berperikemanusiaan seperti membunuh
anak sendiri, merogol anak sendiri dan sikap lain yang tidak
berperikemanusiaan. Ibubapa yang merupakan orang yang paling boleh dipercayai
oleh anak-anak telah menjadi binatang yang tidak berperikemanusiaan, maka
siapakah yang boleh mereka percaya lagi. Perbuatan ibubapa ini boleh
memusnahkan seseorang individu dan memberi kesan yang kejam terhadap mangsa.
Cara-cara menangani isu ibubapa dan
masyarakat dalam kesantunan
-Kerajaan
1)Kerajaan
harus menguatkuasakan undang-undang.
Ibu bapa atau
penjaga yang cuai dalam penjagaan anak mereka boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001,
kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani
Abdul Karim.
2) Pihak
kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini yang
disebabkan oleh keruntuhan kesantunan dan budi bahasa. Pihak kerajaan harus
mengenakan hukuman yang bejat kepada mereka yang membuang sampah sesuka hati
kerana hilang kesantunan dan budi bahasa. Sebagai contohnya, pihak kerajaan
harus meningkatkan kompaun atas masalah pembuangan sampah-sarap secara sesuka
hati ini. Selain itu, pihak kerajaan harus menjatuhkan hukuman penjara dan
mencaci mereka yang membuang sampah-sarap secara sesuka hati supaya masyarakat
akan melihat kebejatan masalah ini dan supaya mereka yang terjebak dalam
masalah ini akan membuka mata dan balik ke pangkal jalan.
-Keluarga
1)Mengawal
emosi diri sendiri.
2)Menjadi
teladan yang baik kepada anak-anak
3)Sentiasa
ambil tahu perkara mengenai anak-anak mereka sama ada di sekolah, di luar rumah
ataupun di rumah
4)Meluangkan
masa menemani anak-anak mereka dan mendidik anak-anak mereka
5)Memberi
kasih saying kepada anak-anak mereka
Isu
kesantunan masyarakat
Penduduk
Taman Medan kecewa masih ada pihak buang bahan buangan di bekas lombong
PETALING JAYA:
Penduduk di Taman Medan di sini kecewa kerana terpaksa menghidu bau busuk
setiap hari yang dikatakan berpunca daripada pembuangan sampah di sebuah
kawasan bekas lombong yang dalam proses penutupan, berhampiran kediaman
mereka.
Sampah-sarap terbabit dibawa masuk oleh berpuluh lori mengangkut sampah untuk dilonggokkan di kawasan itu setiap hari.
Sampah-sarap terbabit dibawa masuk oleh berpuluh lori mengangkut sampah untuk dilonggokkan di kawasan itu setiap hari.
Penduduk, Megat Ahmad Tirmidzi Megat Abdul Latiff, 48, berkata apa yang menyakitkan hati ialah sisa buangan itu bukan setakat datang dari sekitar Petaling Jaya, malah turut memuatkan sampah-sarap dari beberapa lokasi di pinggir Kuala Lumpur seperti Jalan Klang Lama, Taman Desa, Salak Selatan, Taman Overseas Union Garden (OUG) dan Jalan Kuchai Lama.
“Kami sudah lama bersabar kerana setiap hari kami menghidu bau sampah yang amat busuk. Lebih teruk, ada anak kecil kami sakit akibat tiada selera makan.
Ada pihak berkuasa tempatan (PBT) pun macam tiada saja.
“Apakah mereka
ingat Taman Medan lokasi pembuangan sampah besar-besaran? Tapak lombong ini
sudah hampir 85 peratus ditutup tetapi mengapa masih terus dilonggokkan sampah
yang tinggi menggunung di atas sebuah kawasan tanah rata berhampiran lombong.
“Ini tidak masuk akal. Kami bimbang masalah ini jika dibiarkan, akan menjadi ‘nanah’ kepada kami. Ketinggian sampah-sarap semakin bertambah sehingga melebihi ketinggian sebuah rumah dua tingkat,” katanya ketika ditemui Sentral di sini.
Operasi pembuangan sampah itu dilakukan di kawasan yang letaknya kira-kira beberapa meter saja dari Taman Buana, Taman Indah Jaya dan Taman Datuk Harun di sini.
Megat Ahmad Tirmidzi berkata, pihak persatuan penduduk kawasan itu sudah membuat aduan beberapa kali kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), namun sehingga kini usaha mereka seperti ‘anjing menyalak bukit’.
Katanya, bau busuk itu dapat dihidu di beberapa sekolah di sini seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Datuk Harun dan Sekolah Menengah (SM) Taman Medan sehingga mengganggu pelajaran pelajar.
Sentral yang meninjau kawasan pembuangan sampah yang berkeluasan kira-kira 19 hektar itu mendapati hampir 150 lori sampah keluar masuk ke kawasan itu dengan setiap lori dianggarkan mengangkut seberat tiga tan sampah.

Seorang lagi
penduduk, Mohammad Badaruddin Mohammad Aminuddin, 37, mendakwa penduduk di
kawasan kediaman di situ sering diganggu nyamuk dalam jumlah yang luar biasa
sejak dua tahun lalu.
“Tidur malam kami sering diganggu nyamuk. Saya bimbang keselamatan anak kecil. Justeru, saya berharap agar satu tindakan drastik dapat dilakukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam menangani masalah ini,” katanya.
Beliau turut hairan bagaimana perkara itu boleh terlepas pandang sedangkan tapak pembuangan sampah itu begitu hampir dengan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan dan pejabat Ahli Majlis kawasan berkenaan.
Pandangan sama dikongsi jirannya, Mohammad Jazrizal Abdul Rahman, 35, yang mengadu anak perempuannya sering mengalami masalah kesihatan dan tiada selera makan sejak tahun lalu kerana tidak tahan dengan bau busuk dari tapak pembuangan sampah itu.
“Anak perempuan saya sering sakit dan gagal hadir ke sekolah kerana masalah ini. Saya cukup risau dengan masalah ini dan saya mendesak pihak berwajib segera ‘turun padang’ bagi menangani isu ini,” katanya.

Dipetik
daripada Berita Harian 2010/12/20
Keadaan ini
bukan sahaja mengotorkan alam sekitar dan jika dibiarkan hal ini terus
berleluasa maka keinginan kemajuan dalam aspek pelancongan negara kita akan
terbantut. Hal ini demikian kerana Negara kita yang penuh dengan sampah-sarap
bukan lagi satu destinasi pelancongan yang cantik dan sesuai untuk mengunjung
lagi. Sebagai contohnya, tidak ada orang yang akan melancong ke pantai negara
kita yang kotor dan tidak cantik lagi. Secara tidak langsungnya, ekonomi negara
kita juga akan terjejas kerana kehilangan satu sumber pendapatan negara kita.
No comments:
Post a Comment