Sunday 11 August 2013

Contoh-Contoh Emblem Menggambarkan Kesantunan Nonverbal

a. Emblem
Emblem ialah gerak – geri yang menggantikan perkataan yang kita ucapkan. Sebagai contoh, kita menunjukkan ibu jari tangan kanan untuk menggantikan perkataan “bagus” ataupun kita menunjukkan jari telunjuk untuk menggantikan perkataan “satu”.

b. Penggambar
Gerak geri ini kita buat seiring dengan kata – kata yang kita ucapkan, gerak –geri ini betul – betul menggambarkan apa yang kita maksudkan. Sebagai 41contoh, apabila kita berkata “besar” tangan kita bergerak untuk menggambarkan saiz besar itu.

c. Pelukis rasa
Muka kita boleh melukiskan bermacam – macam perasaan yang kita rasai, antaranya marah, takut, ragu, geli, sedih dan tak sabar. Gerak – geri jenis ini mungkin timbul di luar kawalan kita.

d. Pengawal
Apabila kita mendengar orang – orang lain bercakap dengan kita, kita membuat gerak – geri untuk mengawal mereka bercakap. Adakalanya kita hendak memberitahu dia “teruskan” , “nanti dulu”, “cepatlah” dan lain – lain lagi. Apabila kita hendak memberitahu dia bahawa kita berminat mendengar, kita mungkin menganggukan kepala.

e. Penyesuai

Gerak – geri ini dilakukan kerana ada keperluan untuk melakukannya. Contohnya, apabila gatal kita menggaru – garu. Gerak – geri ini biasanya diluar kawalan kita. 

No comments:

Post a Comment