Monday 14 October 2013

Contoh Peraturan Berbahasa Daripada Aspek Jarak Sosial Dan Konteks Percakapan

1. Hargai mitra bicara
·         Sopan santun dengan tidak melihat status sosial pihak lain
·         Memberi tumpuan sepenuh terhadap isi yang disampaikan oleh pihak lain.

2. Peka terhadap kesempatan
·         Terapkan pola gilir dalam berkomunikasi dengan menggunakan kata, bentuk kata, dan ungkapan yang tepat demi kelangsungan dan kenyamanan komunikasi
·         Ungkapkanlah gagasan pendapat dan pandangan dengan jelas
·         Alihkan topik pembicaraan secara halus dengan menggunakan ungkapan yang tepat.
3. Fahami relevansi pembicaraan
·         Menguasai masalah yang sedang dibincangkan
·         Gunakan bahasa yang efektif dan mudah difahami
·         Usahakan isi pembicaraan relevan dengan topik
·         Jika terjadi perbedaan pendapat, selesaikan secara halus tanpa menimbulkan konflik

4. Bercakap dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan tidak bercakap dengan nada yang samar-samar


5. Bercakap di depan dengan cara bertentangan mata dan tidak bercakap di belakang untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.


6. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka elakkan daripada mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.


7. Jika seseorang sedang makan maka kita elakkan daripada bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.


8. Elakkan daripada bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan dan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.


9. Tidak sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama


10. Tidak bercakap secara berkumam mulut


11. Tidak bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang


12. Tidak memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Kita sepatutnya memangil mereka dengan nama yang memuliakan mereka.


13. Tidak memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya


14. Tidak bercakap tentang sesuatu perkara yang anda masih kurang pasti.

Contoh Peraturan Berbahasa
Daripada Aspek Jarak Sosial Dan Konteks Percakapan

1. Pilihan Kata Untuk Memulakan Percakapan

Selamat pagi, Assalamu’alaikum,Hello



3. Penerapan Pola Gilir Berkomunikasi

Bagaimana menurut pendapat anda?(formal)

Menurut pandanganmu gimana?(non-formal)

Mungkin ada yang mempunyai pendapat lain? 


4. Mengalihkan Topik Pembicaraan Secara Halus  ( Secara formal )

Maaf, saya dengar Ibu suka juga dengan...

Bagaimana jika kita meninjau dari sisi lain, misalnya. (Secara nonformal)

Wah, makin seru kalau kita bicara soal…

Boleh tahu pandanganmu tentang….


5. Memohon Maaf Jika Belaku Kesilapan

Contoh: “ Maaf ya, kalau ada salah ucap.”

6. Mengucapkan Terima Kasih Jika Diberi Bantuan

Contoh: “terima kasih ya”


7. Mengakhiri Percakapan Dengan Ungkapan Pemisahan

Contoh:“ Selamat jalan“ 
Peraturan Berbahasa
Dalam percakapan, kita harus
·         Bercakap tentang perkara yang penting dahulu. Hal ini kerana perkara yang penting itu mungkin mendatangkan kesan yang mendalam kepada seseorang. Menilai perkara yang hendak dikomunikasikan sebelum bercakap. Walaupun kita mempunyai banyak pandangan dan perasaan yang hendak diluahkan, tetapi kita perlu sedar bahawa bukan semua yang ingin kita cakapkan itu adalah penting. Hai ini kerana keterpaksaan dia mendengar sebaliknya akan menjana kebenciannya kepada kita, padahal tujuan percakapan kita adalah untuk membina perhubungan yang baik. 
·          Tidak mencelah percakapan orang lain. Hal ini demikian kerana sekali kita mencelah, panjang pula kita menyambung huraiannya, sehingga tuan asal pemilik percakapan tersekat dan ternganga serta tidak dapat menyempurnakan percakapannya. Biarlah mencelah kita itu mencelah yang pendek sekadar untuk menyatakan sokongan atau persetujuan, bukannya untuk merampas giliran pemilik percakapan itu untuk bercakap. 
·         Tidak mengulang perkara yang sama berulang kali. Kita mungkin mempunyai tujuan yang baik supaya pendengar tersebut mengambil serius perkara itu, namun bagi sesetengah orang, dia mungkin boleh mentafsirkan secara silap bahawa orang yang mengulang itu memandangnya sebagai berkemampuan minda yang rendah sehingga terpaksa diulang-ulang supaya faham. Demikian juga dengan pujian. Pujian yang berlebihan akan menimbulkan salah tafsiran pada pihak penerima sehingga mewujudkan kebencian dan melunturkan kemesraan.

Peraturan Berbahasa Dari Aspek Tujuan Dan Giliran Bercakap

Tujuan percakapan
Kita harus mengutamakan tujuan percakapan dalam pergaulan harian. Kita sepatutnya menitikberatkan perkara yang penting dahulu. Tujuan perkara itu mestilah menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain atau sesuatu objek. 
Contoh : Kita hendak memberitahu seseorang bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku. Perkara tersebut haruslah diberitahu dengan secepat mungkin kerana merupakan perkara yang sangat penting. 
            Jika kita hendak memberitahu sesuatu yang penting tetapi tidak segera, kita hendak mencari masa yang sesuai untuk memberitahu orang itu. Tapi, mesti diingat, walaupun perkara itu tidak segera, namun, perkara itu mesti disampaikan kepada pendengarnya. 
Contoh : Kita hendak memberitahu kawan kita bahawa gambar yang diambil bersama-sama telah siap dicuci. Kita boleh memilih masa yang sesuai untuk memberitahu mereka kerana perkara tersebut penting tetapi tidak segera. 
 Jika kita ingin memberitahu sesuatu yang tidak penting, kita boleh memberitahu orang tersebut pada bila-bila masa sahaja. Kita patut memilih masa yang sesuai di mana kedua-dua penyampai dan pendengar berada dalam keadaan ‘relaks’ dan tidak melakukan perkara lain. Perkara tersebut mestilah berunsur ringan dan sesuai dijadikan idea percakapan dalam perbualan pada masa lapang. 
Contoh : Kita boleh menyampaikan atau memberitahu sesuatu yang tidak penting semasa kita sedang berbual-bual dengan pendengar pada masa lapang, seperti aktiviti yang dijalankan pada hujung minggu dan sebagainya. 
Giliran Bercakap
Kita harus mengutamakan status dan kedudukan semasa bercakap. Secara umumnya, giliran bercakap bergantung pada tempat kita berada dan orang yang bercakap dengan kita.


CONTOHNYA :

Dalam keluarga,
1. Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek.

2. Ibu atau bapa.

3. Kakak atau abang yang lebih besar.

4. Pihak yang paling kecil, khususnya adik.


Di sekolah,

1. Pengetua atau Guru Besar.

2. Penolong kanan sekolah.

3. Ketua unit atau jabatan.

4. Para pensyarah atau guru.

5. Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah.

6. Para pelajar. 

Isu teknologi maklumat dan komunikasi

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Pemerolehan , penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi. Senn menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya.

Isu teknologi maklumat dan komunikasi
Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk komunikasi .Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyumbang kepada penggunaan perkataan singkatan dengan meluas.
CONTOH:
Penggunaan ‘’aq’’ disamping ‘’aku’’.
Penggunaan ‘’cyg’’ disamping ‘’ sayang’’.
        Hal ini banyak mempengaruhi penulisan dalam urusan rasmi.

Contoh-contoh Isu teknologi maklumat dan komunikasi
Jenayah siber
Menurut kajian yang dilakukan oleh Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman dari UiTM, jenayah siber merujuk kepada  aktiviti jenayah yang berkaitan dengan teknologi dan komputer menerusi Internet.
Menurut kajian tersebut juga, pengguna Internet melakukan pelbagai jenis jenayah siber seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi, penggodam, penyebaran virus dan mel spam.
Untuk mengenalpastikadar jenayah siber di Malaysia, Berita Harian Online (22 May 2012) telah melaporkan bahawa kadar jenayah siber telah meningkat sehingga 88 peratus pada tahun 2011 berbanding dengan pada tahun yang sebelumnya yang hanya mencatat 8090 kes jenayah siber.

Penggodam maklumat
Penggodam dan pengganas siber yang bersikap sesuka hati juga memusnahkan data dan mengubah sistem komputer
Mereka juga boleh menggunakan internet untuk mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh individu, syarikat dan organisasi dan memperoleh keuntungan melalui cara penjualan kepada pihak pesaing. 
Tambahan pula, ancaman siber itu bukan saja berlaku ke atas laman web kerajaan kita seperti www.malaysia.gov.my. , manakala  laman web milik Agensi Perisikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat turut diserang oleh penggodam (Berita Harian Online,17 June 2011)

bahan-bahan  pornografi
Kewujudan internet yang akibat daripada perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan bahan pornografi tersebar dengan cepat.  
Selain internet, amalan menonton video lucah dalam kalangan belia juga didorongi oleh filem-filem dan program-program televisyen yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotik. 

kewujudan budaya plagiarism
Sebagai contoh,  golongan belia telah menyalahgunakan teknologi  sebagai satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja sekolah dan assignment mereka  dengan meniru, menciplak  dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet.
Hal ini bukan sahaja menjejaskan amalan kesantunan malah ini juga akan mengakibatkan individu yang terlibat tidak melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri.
Kewujudan teknologi internet telah mempengaruhi budaya ilmu dalam kalangan belia, iaitu dari mengambil buku rujukan akademik atau jurnal sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat dalam persiapan tugasan mereka kepada menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka.



Isu ibubapa dan masyarakat dalam kesantunan


Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi ini, isu ibubapa dan masyarakat dalam kesantunan seperti mendera anak, merogol anak sendiri, membunuh anak sendiri dan lain-lain bukan sesuatu yang segar baru kepada kita lagi. Kita akan menemu setiap perkara ini boleh dikatakan hampir setiap kali kita membaca surat akhbar atau berita.

Contoh-contoh isu kesantunan ibubapa

Dera anak perempuan 5 tahun separuh mati, reman ibu bapa dilanjut
IPOH – Perintah reman terhadap ibu bapa kanak-kanak berusia lima tahun yang disyaki didera dan kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, dilanjutkan tiga hari lagi sehingga Rabu.kes dera anak
Perintah sambungan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Puteri Nor Dina Kamalaudin hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes berkenaan.
Lelaki dan wanita berusia 39 dan 30 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama tiga hari sejak Sabtu lepas.
Sabtu lepas, media melaporkan pegawai perubatan HRPB membuat laporan polis selepas mengesyaki seorang kanak-kanak perempuan yang dihantar ke hospital itu adalah mangsa dera susulan penemuan kesan luka pada seluruh badannya.
Berikutan itu polis menahan ibu bapa kanak-kanak terbabit yang berasal dari Menglembu.
Akhbar hari ini melaporkan keadaan kanak-kanak itu semakin kritikal dan bergantung kepada mesin bantuan hayat.
Ketua Polis Daerah Ipoj ACP Sum Chang Keong dilapor berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda. – Bernama

Ustazah biar suami rogol anak didakwa
KUALA LUMPUR: Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka, dua bulan lalu. 

Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad. 
Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama, pada Mac 2011. 
Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu. 

Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang di sini.

Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa, pada masa dan tempat yang sama.
Pendakwaan yang diwakili Zuraini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan sama sebelum Manira memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin walaupun beliau merayu supaya mahkamah membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan untuk menelefon penjamin.

Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan bagi pasangan suami isteri itu melantik peguam. 
  Dipetik daripada Berita Harian 2011/06/14

Apa yang kita tahu ibubapa merupakan rol model yang penting kepada anak-anak mereka kerana orang tua pernah bercakap bapa borek anak rintik, tetapi apa yang kita lihat hari ini adalah ibubapa yang tidak bertanggungjawab, tidak menjadi telandan yang baik malah membuat sesuatu yang tidak berperikemanusiaan seperti membunuh anak sendiri, merogol anak sendiri dan sikap lain yang tidak berperikemanusiaan. Ibubapa yang merupakan orang yang paling boleh dipercayai oleh anak-anak telah menjadi binatang yang tidak berperikemanusiaan, maka siapakah yang boleh mereka percaya lagi. Perbuatan ibubapa ini boleh memusnahkan seseorang individu dan memberi kesan yang kejam terhadap mangsa.

Cara-cara menangani isu ibubapa dan masyarakat dalam kesantunan
-Kerajaan
1)Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang.
Ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam penjagaan anak mereka boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.
2) Pihak kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini yang disebabkan oleh keruntuhan kesantunan dan budi bahasa. Pihak kerajaan harus mengenakan hukuman yang bejat kepada mereka yang membuang sampah sesuka hati kerana hilang kesantunan dan budi bahasa. Sebagai contohnya, pihak kerajaan harus meningkatkan kompaun atas masalah pembuangan sampah-sarap secara sesuka hati ini. Selain itu, pihak kerajaan harus menjatuhkan hukuman penjara dan mencaci mereka yang membuang sampah-sarap secara sesuka hati supaya masyarakat akan melihat kebejatan masalah ini dan supaya mereka yang terjebak dalam masalah ini akan membuka mata dan balik ke pangkal jalan.

-Keluarga
1)Mengawal emosi diri sendiri.
2)Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
3)Sentiasa ambil tahu perkara mengenai anak-anak mereka sama ada di sekolah, di luar rumah ataupun di rumah
4)Meluangkan masa menemani anak-anak mereka dan mendidik anak-anak mereka
5)Memberi kasih saying kepada anak-anak mereka


Isu kesantunan masyarakat
Penduduk Taman Medan kecewa masih ada pihak buang bahan buangan di bekas lombong 
PETALING JAYA: Penduduk di Taman Medan di sini kecewa kerana terpaksa menghidu bau busuk setiap hari yang dikatakan berpunca daripada pembuangan sampah di sebuah kawasan bekas lombong yang dalam proses penutupan, berhampiran kediaman mereka.
Sampah-sarap terbabit dibawa masuk oleh berpuluh lori mengangkut sampah untuk dilonggokkan di kawasan itu setiap hari. 

Penduduk, Megat Ahmad Tirmidzi Megat Abdul Latiff, 48, berkata apa yang menyakitkan hati ialah sisa buangan itu bukan setakat datang dari sekitar Petaling Jaya, malah turut memuatkan sampah-sarap dari beberapa lokasi di pinggir Kuala Lumpur seperti Jalan Klang Lama, Taman Desa, Salak Selatan, Taman Overseas Union Garden (OUG) dan Jalan Kuchai Lama.

“Kami sudah lama bersabar kerana setiap hari kami menghidu bau sampah yang amat busuk. Lebih teruk, ada anak kecil kami sakit akibat tiada selera makan.
Ada pihak berkuasa tempatan (PBT) pun macam tiada saja.
“Apakah mereka ingat Taman Medan lokasi pembuangan sampah besar-besaran? Tapak lombong ini sudah hampir 85 peratus ditutup tetapi mengapa masih terus dilonggokkan sampah yang tinggi menggunung di atas sebuah kawasan tanah rata berhampiran lombong.
“Ini tidak masuk akal. Kami bimbang masalah ini jika dibiarkan, akan menjadi ‘nanah’ kepada kami. Ketinggian sampah-sarap semakin bertambah sehingga melebihi ketinggian sebuah rumah dua tingkat,” katanya ketika ditemui Sentral di sini.

Operasi pembuangan sampah itu dilakukan di kawasan yang letaknya kira-kira beberapa meter saja dari Taman Buana, Taman Indah Jaya dan Taman Datuk Harun di sini.
Megat Ahmad Tirmidzi berkata, pihak persatuan penduduk kawasan itu sudah membuat aduan beberapa kali kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), namun sehingga kini usaha mereka seperti ‘anjing menyalak bukit’.

Katanya, bau busuk itu dapat dihidu di beberapa sekolah di sini seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Datuk Harun dan Sekolah Menengah (SM) Taman Medan sehingga mengganggu pelajaran pelajar.

Sentral yang meninjau kawasan pembuangan sampah yang berkeluasan kira-kira 19 hektar itu mendapati hampir 150 lori sampah keluar masuk ke kawasan itu dengan setiap lori dianggarkan mengangkut seberat tiga tan sampah.
Seorang lagi penduduk, Mohammad Badaruddin Mohammad Aminuddin, 37, mendakwa penduduk di kawasan kediaman di situ sering diganggu nyamuk dalam jumlah yang luar biasa sejak dua tahun lalu.

“Tidur malam kami sering diganggu nyamuk. Saya bimbang keselamatan anak kecil. Justeru, saya berharap agar satu tindakan drastik dapat dilakukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam menangani masalah ini,” katanya.

Beliau turut hairan bagaimana perkara itu boleh terlepas pandang sedangkan tapak pembuangan sampah itu begitu hampir dengan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan dan pejabat Ahli Majlis kawasan berkenaan.

Pandangan sama dikongsi jirannya, Mohammad Jazrizal Abdul Rahman, 35, yang mengadu anak perempuannya sering mengalami masalah kesihatan dan tiada selera makan sejak tahun lalu kerana tidak tahan dengan bau busuk dari tapak pembuangan sampah itu.

“Anak perempuan saya sering sakit dan gagal hadir ke sekolah kerana masalah ini. Saya cukup risau dengan masalah ini dan saya mendesak pihak berwajib segera ‘turun padang’ bagi menangani isu ini,” katanya.
Dipetik daripada Berita Harian 2010/12/20

Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan alam sekitar dan jika dibiarkan hal ini terus berleluasa maka keinginan kemajuan dalam aspek pelancongan negara kita akan terbantut. Hal ini demikian kerana Negara kita yang penuh dengan sampah-sarap bukan lagi satu destinasi pelancongan yang cantik dan sesuai untuk mengunjung lagi. Sebagai contohnya, tidak ada orang yang akan melancong ke pantai negara kita yang kotor dan tidak cantik lagi. Secara tidak langsungnya, ekonomi negara kita juga akan terjejas kerana kehilangan satu sumber pendapatan negara kita.




Wednesday 9 October 2013

Isu gejala sosial


Malaysia sedang berhadapan dengan isu-isu sosial yang semakin serius dan membimbangkan semua lapisan masyarakat. Kejadian salah laku pelajar seperti bergaduh, menyerang, membunuh, membakar sekolah kerap dipaparkan di dada-dada akhbar dan ditelevision. Isu-isu sosial yang sebahagian daripadanya melibatkan golongan Orang Kurang Upaya, wanita, remaja dan kanak-kanak yang tidak lari dari terjerumus dalam kancah gejala sosial ini. Kehadiran gejala sosial ini selari dengan perkembangan kemajuan negara dan memberi implikasi besar kepada kesejahteraan hidup individu masyarakak dan negara. Kesan langsung ke atas sosioekonomi masyarakat ialah pengangguran, penghijrahan dan kemiskinan. Oleh kerana itu, Bajet 2009 yang diumumkan pada tahun lepas memperuntukkan perbelanjaan yang lebih besar dalam perkhidmatan sosial ini. Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2003 dan statistik daripada Polis DiRaja Malaysia(PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh Malaysia iaitu melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda. Selain itu, ia juga menyebabkan seruntuhan kesantunan di negara kita.
Sebab berlakunya gejala sosial ini adalah kerana pengaruh media massa. Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.
                Selain itu, institusi kekeluargaan juga salah satu sebab berlakunya gejala social. Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
            Bagi mengatasi masalah yang kian kronik ini, ibubapa memainkan peranaan yang penting. Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.
            Di samping itu, Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.
            Secara tuntasnya, Isu gejala sosial sering kita dengar telah mendatangkan kebimbangan walaupun kita telah mengetahui punca kepada masalah ini dan kita juga telah nampak kesan-kesan yang kita hadapi sekarang seperti kes pembuangan bayi, mat rempit, pelacuran dan sebagainya tapi kita masih tidak dapat mengatasi masalah ini walaupun kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen tapi masih tidak berjaya dan adakah ini berpunca undang-undang Malaysia yang masih tidak di perketatkan ataupun berpunca dari sikap ibu bapa yang tidak peduli dan sibuk mencari duit hingga tidak tahu apa yang masalah anak mereka ataupun berpunca dari dari masyrakat sekeliling yang cuba lepas tangan dengan menunding jari ke arah orang lain ataupun guru-guru yang tidak mengajar dengan baik tentang adab-adab pergaulan sesama remaja ataupun diri sendiri yang patut dipersalahkan kerana tersalah pilih kawan seperti kata-kata perumpamaan ini "jika kita berkawan dengan anak penjual minyak wangi akan mendapat bau wangi tapi kalau kalau kita berkawan dengan anak penjual kambing kita akan mendapat bau busuknya" atau berpunca pada sikap diri sendiri yang mencuba sesuatu benda baru tapi memikirkan kesannya pada diri kita. Walaupun kita menunding jari diantara satu sama lain masalah ini tidak selesaikan kerana untuk mengatasi maslah ini kita hendaklah bekerjasama antara kita seperti kata perumpamaan ini "bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh". Oleh itu hendaklah kita bekerjasama sesama kita tanpa perlu menunding jari antara kita.

Isu media massa
Remaja memainkan peranan yang penting dalam memacu negara pada masa akan datang. Jika mahu melihat corak masa hadapan negara, lihatlah pilihan warna remaja pada masa kini. Begitulah analogi yang menggambarkan jika remaja hari ini pincang, maka keadaan negara pada masa akan datang masih belum terjamin, begitulah juga sebaliknya. Tidak dinafikan, remaja semakin kurang santunnya dalam berbahasa, penggunaan kata-kata kesat dalam perbualan seharian ibarat sesuatu yang biasa. Faktor yang menyumbang kepada ketidaksantunan berbahasa remaja pada masa kini adalah pengaruh media massa.
Akibat keruntuhan di media massa telah menymbang kepada kerutntuhan kesantunan dan budi bahasa dalam kalangan remaja. Media massa seperti televisyen banyak mempengaruhi pemikiran anak-anak remaja. Hal ini demikian kerana kanak-kanak tidak mampu membeza Antara yang baik dengan yang buruk. Televisyen menyiarkan gambar-gambar serta filem-filem yang bercanggah dengan budaya dan adat ketimuran. Anak remaja akan mudah terikut-ikut dan cuba meniru sifat-sifat yang dittunjukkan melalui televisyen, majalah dan seumpamanya. Justeru, tidak hairan terdapat remaja kita yang semakin berani melakukan perkara negatif seperti pembunuhan, jenayah seks dan sebagainya. Malahan, pengaruh media massa juga menjadi salah satu punca berlakunya kes-kes buli. Pihak penerbitan drama atau filem selalu mengeluarkan drama atau filem yang berunsurkan pergaduhan dan berbahaya. Bagi pihak penerbitan,mereka tidak menghiraukan kesan kepada remaja apabila menonton aksi-aksi ganas dan berbahaya seperti pergaduhan, pembunuhan dan buli, tetapi mereka lebih mengutamakan keuntungan mengeluarkan filem tersebut. Tarikan filem berversi ganas dan aksi yang tidak bersantunan ini lebih difokuskan kepada penonton remaja. Mereka mudah terpengaruh dengan apa yang ditontoni dan tiru segala aksi yang ditayangkan tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka. Sambutan hangat oleh penonton-penonton remaja terhadap filem atau drama aksi ini menyebabkan stesen-stesen televisyen berlumba-lumba untuk mengeluarkan dan menyiarkan filem-filem aksi. Filem-filem yang tidak bersantunan ini akan menyebabkan remaja akan terpengaruh dan akan meniru aksi-aksi yang ganas dan seterusnya akan terlibat dengan kes-kes buli.
Bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan memainkan peranan yang amat penting sekali. Pihak kerajaan bertanggungjawab untuk mengawal konteks tayangan media massa seperti televisyen, surat akhbar, radio dan lain-lain bagi memastikan isi-isi media massa ini adalah bersantun dan sesuai untuk dibaca, dilihat dan didengar serta tidak akan menjejas kesantunan masyarakat. Selain itu, kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang. Sebagai contohnya, semua media massa seperti televisyen, surat akhbar dan radio perlu mematuhi sukatan yang ditetapkan oleh kerajaan seperti kandungan yang tidak sesuai untuk ditayangkan harus dipotong. Sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak mengikuti undang-undang ini, pihak kerajaan boleh menarik balik lesen media bagi pihak tersebut dan mengenakan hukuman yang setimpalnya.
Isu Pendidikan
            Pendidikan yang merupakan satu aspek yang paling asas dan dasar dalam sistem kehidupan manusia, corak dan aliran pendidikan yang begitu dinamik dan kontinum inilah yang menjadi faktor utama merubah kehidupandan tamadun manusia sejak zaman berzaman lagi dan dapat mendidik dan membangunkan manusia secara yang paling optimum dan seimbang. Pendidikan merupakan proses membentuk keperibadian manusia yang sempurna dan seterusnya melahirkan manusia yang dapat berinteraksi lebih baik dengan pencipta alam dan alam itu sendiri. 
Oleh itu, semua warga guru bertanggungjawab untuk membantu usaha-usaha mencapai matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan bertaraf dunia. Sifat-sifat yang luhur, bertanggungjawab serta tahap professionalisme yang tinggi semestinya menjadi amalan sewaktu menjalankan amanah profession.  Guru mesti mempunyai etika kerja supaya dapat menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Selain itu dapat meningkatkan disiplin diri bagi menghasilakn perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi serta dapat memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.
Berdasarkan sebuah artikel daripada Berita Harian yang bertajuk 'Dedah Salah Laku Guru Wanita’ (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NUTPdedahsalahlakuguruwanita/Article), satu isu yang berkaitan kesantunan guru iaitu gangguan seksual telah terpapar di dada akhbar tersebut. Berdasarkan artikel yang dipilih menunjukkan bahawa guru tersebut didakwa ‘mengusik’ pelajar lelaki terutamanya yang memiliki paras rupa atau penampilan yang menarik. Tabiat guru tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar terbabit. Salah satu aduan yang dilakukan ialah salah seorang pelajar yang menjadi mangsa kejadian menyatakan pipinya seing ‘dicubit-cubit manja’ kerana diminati bukan sebagai hukuman disiplin. Perkara ini menjadi suatu isu apabila pelajar tersebut menjadi segan dan serba salah apabia diejek oleh rakan sekelas selain rasa tidak selesa.
Isu etika yang terlibat dalam kes ini ialah isu kesantunan. Kesantunan atau etiket merupakan sesuatu perkara yang biasa dilakukan di dalam masyarakat. Namun kesantunan guru perlu disesuaikan dengan kontekstual. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan kesantunan dibahagikankepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa. Artikel ini menunjukkan guru wanita ini terlibat dengan kesantunan tingkah laku.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Oleh itu, kes ini guru hendaklah mengambil tahu tentang emosi murid. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan juga guru juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Selain akauntabiliti ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara, akauntabiliti terhadap murid merupakan salah satu akauntabiliti keguruan.  Oleh itu, menjadi kewajipan seorang guru untuk menjaga amanah yang telah diberikan.




PANTUN BUDI

Payah kami menabur padi,
Nenas juga ditanam orang;
Payah kami menabur budi,
Emas juga dipandang orang.

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tidakkan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Jentayu burung jentayu,
Hinggap dibalik pokok mayang;
Bunga kembang akan layu,
Budi baik bilakan hilang.

Biarlah orang bertanam buluh,
Mari kita bertanam padi;
Biarlah orang bertanam musuh,
Marilah kita bertanam budi.

Ayam jantan siayam jalak,
Jaguh Siantan nama diberi;
Rezeki tidak saya tolak,
Musuh tidak saya cari.

Jikalau kita bertanam padi,
Senanglah makan adik-beradik;
Jikalau kita bertanam budi,
Orang yang jahat menjadi baik.




Baik-baik makan keladi,
Keladi itu ada miangnya;
Baik-baik termakan budi,
Budi itu ada hutangnya.

Buah nenas bawa berlayar,
Dimakan sebiji di Tanjung Jati;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Tenanglah tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Cindai bercorak penuh berpita,
Pakaian anak Panglima Garang;
Emas dan perak pengaruh dunia,
Budi yang baik dijunjung orang.


Jangan suka mencabut padi,
Bila dicabut hilang buahnya;
Jangan suka menyebut budi,
Bila disebut hilang tuahnya.

Kalau keladi sudah ditanam,
Jangan lagi meminta talas;
Kalau budi sudah ditanam,
Jangan lagi meminta balas.

Singgah ke pulau menggali ubi,
Kalau ke beting berdayung juga;
Sepuluh kali kita berbudi,
Kalau miskin terbuang juga.

Sudah lama memakai gelang,
Gelang berukir sirama-rama;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.

Mati kayu karena benalu,
Patah layu dahannya mati;
Mati Melayu karena malu,
Kalah Melayu termakan budi.

Mencari ikan belida,
Terpancing pula si ikan keli;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

Jauh sungguh pergi mandi,
Setapak jalan lewatkan huma;
Berat sungguh menanggung budi,
Seribu tahun takkan lupa.

Ragi pulut dalam kati,
Tapai manis dalam kuali;
Selagi hidup dalam pekerti,
Sampailah mati dalam budi.